Tular di media sosial kisah melibatkan seorang lelaki berkahwin tiga dengan keizinan para isteri. Kisah tersebut dikongsi sendiri oleh tuan badan di Facebook termasuk di group komuniti poligami.
Ramai yang kagum dengan ketabahan hati isteri-isteri menerima kehidupan bermadu sehingga lelaki ini dijemput menjadi tetamu jemputan untuk membicarakan isu poligami.
‘Poligami harmoni’, peguam Asiah Abd Jalil bongkar kisah sebenar
Terbaru, kecoh di media sosial apabila ada dakwaan mengatakan kisah sebenar tidaklah seindah yang disangka.
Pendedahan yang dibuat peguam terkenal, Asiah Abd Jalil itu sehingga kini sudah mendapat hampir 2,000 perkongsian dan ratusan komen.
Dalam pendedahan peguam, pernikahan dengan isteri kedua pada 2021 didakwa berlaku tanpa restu wali dan ahli keluarga.
Sebelum berkahwin, isteri kedua dikatakan lari dari rumah secara berbulan-bulan dan mereka bernikah selepas suami menfailkan permohonan wali enggan di mahkamah.
Manakala, pernikahan dengan isteri ketiga didakwa berlaku setahun yang lalu di Thailand juga tanpa restu wali dan ahli keluarga pihak perempuan.
Isteri pertama dan isteri ketiga disuruh tinggal serumah. Isteri kedua disuruh tinggal di kedai milik suami. Giliran bermalam para isteri, ikut suka hati suami. Adil tak adil, jangan persoal – Peguam Asiah Abd Jalil
Lebih mengejutkan, peguam mendakwa suami sebenarnya tidak berlaku adil dalam berpoligami dan tidak layak diangkat sebagai ikon.
Selain pendedahan peguam, ada seorang individu mendakwa mempunyai bukti anak orang dilarikan untuk berpoligami dan kezaliman berlaku kepada isteri kedua.
Komen seorang individu raih perhatian

Sementara itu, lelaki berkahwin tiga tersebut menganggap apa yang tersebar adalah fitnah. Katanya, ini adalah satu ujian luar biasa dalam berpoligami.
#OhmediaNasihat
Poligami bukan hanya tentang kuantiti tetapi kualiti hubungan. Keadilan dan kejujuran adalah tunjang utama dalam kehidupan berpoligami. Jika tidak mampu berlaku adil, ia bukan sahaja menganiaya isteri-isteri tetapi melanggar syariat Islam.





