Pelakon senior, Lan Zailan disahkan menghidap kanser pankreas tahap empat selepas hampir seminggu menjalani siri pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Menerusi kiriman WhatsApp, isteri aktor tersebut iaitu Ruby Sara Omar berkata, sel kanser tersebut telahpun merebak ke organ yang lain seperti hati dan paru-parunya.
“Menurut doktor jangka hayat hanya tiga bulan sahaja. Tapi itu kata doktor.
“Kanser sudah merebak ke hati dan paru-paru. Mohon sahabat terus bagi semangat pada Lan.
“Jika ada salah silap, mohon maafkan dia,” katanya.

Sebelum ini, Lan atau nama penuhnya, Zailan Kamaruddin, 66, telah dimasukkan ke hospital akibat batuk berpanjangan meskipun sudah mendapatkan rawatan sejak Oktober lalu.
Sumber: Kosmo




