Titah Adendum Wujud? Anak Najib Razak, Datuk Nizar Dedah Perincian | Oh! Media

Titah Adendum Wujud? Anak Najib Razak, Datuk Nizar Dedah Perincian | Oh! Media

Anak sulung bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, iaitu Datuk Muhammad Nizar, mendedahkan bahawa titah adendum bagi membolehkan Najib menjalani hukuman penjara di rumah adalah benar.

Perkara itu, menurut Nizar, disahkan sendiri oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Saya telah failkan satu afidavit di mana saya dimaklumkan oleh Tuanku Sultan sendiri bahawa adendum itu memang wujud.- Katanya.

Istana tidak buat sebarang penafian setakat ini

Nizar menjelaskan bahawa pihak istana tidak pernah menafikan kewujudan dokumen tersebut. Baginya, sekiranya dokumen itu palsu, sudah pasti ia telah dinafikan sejak awal.

Kalau adendum itu palsu, (pasti) akan dinafikan sekeras-kerasnya. Tapi Tuanku sendiri yang bagitahu kepada saya, bukan orang lain.- Tambahnya.

Arahan difailkan sebagai afidavit

Menurut Nizar, Sultan Pahang menitahkan agar dokumen tersebut difailkan sebagai afidavit dan bukan untuk ditularkan di media sosial. Namun, beliau tidak pasti bagaimana dokumen itu kini tersebar luas.

Dokumen itu telah ditularkan, saya tak tahu bagaimana pihak tertentu boleh dapat. Itu kena tanya pihak keselamatan mahkamah.- Jelasnya lagi.

Perbicaraan Najib Razak masih berjalan

Terdahulu, pada 22 Oktober, Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh untuk mendengar rayuan Najib mencabar keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman terhadap titah adendum.

Kes ini terus menarik perhatian ramai kerana ia berkaitan masa depan Najib sebagai tahanan.


Scroll to Top