Anak tiri penyanyi, Datuk Nora Ariffin iaitu Aya Shahirah meruntun jiwa ramai selepas berkongsi beberapa foto ibu bapanya di platform TikTok.
Menerusi perkongsian itu, Aya memuat naik foto-foto memaparkan momen manis bapanya, Dr. Rushdi Ramli bersama isteri yang dipercayai madu kepada Nora.
“Yang dah kahwin berpuluh tahun ni yang senyap, tak ada tayang menayang, hidup bersederhana,” tulisnya.
Sementara itu, di ruangan kapsyen Aya seoalah-olah berharap agar tiada individu lain yang berada di antara ibu bapanya.
“In another universe, maybe it’s just them. Maybe it’s just Mama and Baba. No one else,” tulisnya.

Sebelum ini, kenyataan penyanyi Datuk Nora Ariffin meraih perhatian selepas dia mendakwa ahli keluarga suaminya, Ustaz Rushdi Ramli menggelarkannya dengan panggilan tak senonoh.
Di patform X, individu wanita menerusi akaun @missruhsdi yang dipercayai anak kepada suami penyanyi berusia 51 itu telah memuat naik tangkap layar memaparkan Nora reda dengan ujian tersebut.
Namun begitu, wanita yang menggunakan nama sebagai Aya itu seolah-olah menafikan dakwaan tersebut serta mempersoalkan mengapa selebriti ini tidak henti cuba memburukkan ahli keluarganya.
Bukan itu sahaja, Aya turut mendakwa dia mempunyai pelbagai bukti terhadap setiap perbuatan Nora kepada keluarganya.
Bagaimanapun, Nora turut tidak berdiam diri dan kini sudah mempunyai peguam untuk menyelesaikan konflik tersebut.
Artikel Berkaitan: Kesal Digelar S*ndal, Anak Tiri Pula Dakwa Ada Pelbagai Bukti ‘Perbuatan’ Nora Ariffin? – “Banyak Kali Dia Try Hard Nak Burukkan Keluarga Aku”
Artikel Berkaitan: Nora Ariffin Syukur Kembali Jadi Isteri Sah Dr Rushdi -” Kami Rujuk Secara Rasmi Di Mahkamah”



