Burger Prosperity kini kembali!

Burger Prosperity kini kembali!

Kuala Lumpur: McDonald’s Malaysia kembali membawa kegembiraan kepada peminat setianya dengan Burger Prosperity yang ikonik.

Diperkenalkan pada 1994 dan dicipta di Malaysia, burger dengan sos lada hitam khas ini menjadi tradisi dinanti setiap tahun rakyat Malaysia.

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia Melati Abdul Hai berkata, Burger Prosperity antara produk paling dibanggakan, yang kini turut dinikmati di beberapa negara Asia.

<img class="img-responsive"<img src="https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm%20x%20mcd%201.png"alt="Image"class="responsive"

Katanya, melihat kepada penerimaan burger ini di negara-negara Asia lain, ia benar-benar menyentuh hati dan membuktikan daya tarikannya yang unik.

 “Sepanjang 30 tahun ini, resipi dan cara penyediaannya tidak banyak berubah sekali gus menunjukkan konsistensi dan tradisi dalam produk ini yang sentiasa dinanti rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat.

“Bagi kami, burger ikonik ini lebih sekadar burger, ia mewakili 30 tahun kenangan, tradisi keluarga dan kegembiraan rakyat Malaysia bersama.

“Bagi McDonald’s Malaysia, tema kempen ProsperityKu adalah mengenai memperkukuh peranannya sebagai jenama yang menyatukan rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat.

“Ia bukan hanya mengenai menyajikan makanan, tetapi juga inisiatif komuniti yang menyatukan masyarakat.

“ProsperityKu mencerminkan idea bahawa kemakmuran sebenar adalah mengenai hubungan, saat-saat yang dikongsi, dan kebahagiaan yang kita temui dengan orang yang tersayang,” katanya.

Melati berkata perkataan ‘Ku’ pula menambah sentuhan peribadi, mengingatkan kita bahawa kemakmuran bukan sesuatu yang kita alami secara individu tetapi juga dikongsi secara bersama.

Justeru bagi meraikan ‘kembalinya’ Burger Prosperity tahun ini, McDonald’s Malaysia menerusi Kempen Burger Prosperity melancarkan filem pendek bertajuk ‘ProsperityKu’ yang memaparkan bagaimana burger ini menyatukan rakyat Malaysia dari generasi ke generasi. 

“Filem ini menyentuh hati dan menonjolkan nilai kegembiraan, kehangatan serta hubungan yang mendefinisikan kemakmuran sebenar.

“Melalui filem menyentuh hati ini, kami berharap dapat mengingatkan rakyat Malaysia bahawa detik yang benar-benar bermakna ialah detik yang kita kongsikan dengan insan tersayang,” katanya.

<img class="img-responsive"<img src="https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm%20x%20mcd%20grab.png"

SEBANYAK 30 kereta GrabFood berkonvoi di hadapan Bukit Bintang sebagai simbolik dan memperingati kempen ini.

Bersempena kempen ini juga, sebanyak 30 kereta GrabFood berkonvoi di hadapan Bukit Bintang sebagai simbolik dan memperingati kempen ini.

Filem jenama ProsperityKu akan mengenang kembali memori indah bersama Burger Prosperity ini boleh ditonton di platform media sosial McDonald’s Malaysia.

<img class="img-responsive"<img src="https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm%20x%20mcd%20prosperity.png"

BURGER Prosperity yang ikonik ini kini boleh dinikmati di semua cawangan McD onald’s di
seluruh negara.

Burger Prosperity yang ikonik ini kini boleh dinikmati di semua cawangan McDonald’s di seluruh negara.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top