Penyanyi dan pelakon, Diana Danielle mencuri perhatian ramai selepas tampil menyanyikan lagu penyanyi antarabangsa, Adele berjudul ‘Someone Like You’.
Menerusi video tular di aplikasi TikTok, Diana menyampaikan lagu tersebut dengan penuh perasaan ketika dijemput ke acara Suara Semua Carnival 2024.
@frederick_mandarin “Every time I listen to Diana Danielle sing live, I’m absolutely stunned! Her voice, stage presence, and connection with the audience are pure magic. Truly #DDStyle 🌟🎤 #suarasemuacarnival
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara nyanyian Diana yang dikatakan sedap dan merdu didengari.
Malah, ada juga segelintir netizen yang turut ‘merasai’ nyanyian aktres filem popular Imaginur ini dengan penuh perasaan.
“Bila penyanyi know her range well, sedap elok je dengar,” tulis netizen.
“Plus dia nyanyi from heart. It’s like storytelling. Pray for all the best for her relationship,” kata netizen lain.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 39,000 tontonan, 1,000 tanda suka dan lebih 50 komen.
Sebelum ini, Mahkamah menetapkan bahawa permohonan rujuk yang dibuat pada 31 Ogos tahun lalu adalah sah dan mengesahkan Farid dan Diana masih sah sebagai suami isteri.
Namun, Mahkamah menetapkan tarikh 2 Disember depan sebagai perbicaraan kes permohonan cerai.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Insya-Allah, Siapa Tahu Mungkin Diana Danielle Boleh Berubah Lebih Baik Dari Kita” – Nora Danish
Artikel Berkaitan: “Ini Bukan Detik Bahagia Untuk Sesiapa” – Diana Danielle Perjelas Senyum Bukan Bermaksud Gembira
Artikel Berkaitan: Permohonan Rujuk Farid Kamil, Diana Danielle Sah… Tarikh 2 Disember Kes Cerai Disebut Semula




