Penyanyi Adira Suhaimi dikejarkan ke pusat perubatan di Petaling Jaya, Selango selepas jatuh pengsan di kediamannya.
Memetik laporan mStar, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 33, dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan hasil pemeriksaan doktor mendapati pelantun lagu Takdir Tercipta itu mengalami demam panas selain kekurangan sel darah merah.
“Lepas waktu Isya, Rabu malam saya tiba-tiba pengsan di rumah.
“Abang-abang saya yang uruskan panggil ambulans dan bawa saya ke hospital.
“Syukur keadaan sekarang sudah stabil, cuma perlu rehat sehingga demam betul-betul sembuh,” katanya kepada pemberita.
Meskipun terpaksa menolak beberapa tawaran, Adira mengaku bahawa kesibukan kerja punca kesihatannya terjejas.
“Walau sibuk macam mana sekalipun kena rehat yang cukup.
“Dan bila jadi macam ni, rasa insaf untuk jaga kesihatan,” jelasnya.
Terkini, Adira menerusi perkongsian di Instagram kelihatan masih berada di wad bagi tujuan rawatan dan pemantauan.
Sumber: mStar




