syafil.syazwan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur : Filem Raintown membawa Susan Lankaster menggenggam trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33), malam tadi.
Susan berkata, ia bukanlah satu perjalanan singkat meluahkan rasa terima kasih kepada seluruh kru produksi filem Raintown yang membawa namanya menggapai kemenangan itu.
“Terima kasih, perjalanan saya agak jauh, saya mula berlakon menerusi filem Mekanik arahan Othman Hafsham di mana saya mulakan perjalanan sebagai pelakon.
“Kemudian saya membintangi filem Femina arahan Aziz M Osman dan memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Kini, menerusi filem Raintown arahan Tunku Mona Riza saya menang Pelakon Wanita Terbaik.
“Saya sangat menghargai. Terima kasih kepada semua pelakon dan kru Raintown, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), barisan juri serta terima kasih kepada semua calon,” katanya.
Terdahulu, Susan meraih kemenangan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Asian Academy Creative Awards (AACA) 2024 yang berlangsung di Singapura, baru-baru ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd



