Acara lelongan aset milik usahawan kontroversi, Datuk Seri Vida, yang sepatutnya berlangsung esok telah ditangguhkan.
Menurut laporan Harian Metro, penangguhan itu dibuat selepas Vida Beauty Sdn Bhd memohon untuk mengesahkan bahawa aset yang terlibat adalah milik syarikat tersebut dan perkara ini dikatakan sendiri peguam Vida, Datuk Adnan Seman.
Lelongan aset Datuk Seri Vida ditangguh

Peguam yang mewakili subkontraktor plaintif, Samir Zainal turut mengesahkan perkara ini. Lelongan tersebut kini dijadualkan semula pada 8 Januari tahun depan.
Apa kata pihak plantif?

Samir Zainal, yang mewakili syarikat Ah Design Communication menyatakan bahawa mereka akan berbincang untuk menentukan sama ada rayuan terhadap keputusan mahkamah perlu dibuat ataupun tidak.
Saya kena hubungi anak guam dahulu esok sama ada nak merayu ke apa.
Kes ini bermula apabila Vida gagal menjelaskan bayaran tunggakan sebanyak RM1,060,285 kepada Ah Design Communication yang merupakan subkontraktor kilang beliau di Shah Alam.
Apa yang terjadi sebenarnya?

Kilang tersebut diubah menjadi studio pada tahun 2018, namun bayaran penuh untuk kerja-kerja itu tidak diselesaikan sehingga kini.





