Barcelona, Real Madrid bertemu pasukan kerdil dalam saingan Copa del Rey

Barcelona, Real Madrid bertemu pasukan kerdil dalam saingan Copa del Rey

Pasukan gergasi Sepanyol iaitu Real Madrid dan Barcelona diundi bertemu pasukan kerdil divisyen keempat Deportivo Minera dan Barbastro dalam pusingan ke-32 Copa del Rey.

Barcelona, Madrid, juara bertahan Athletic Bilbao, dan naib juara Mallorca, menyertai pertandingan pada peringkat ini selepas terlepas pusingan awal kerana penyertaan mereka dalam Piala Super Sepanyol pada bulan Januari.

Barcelona yang memegang rekod 31 kemenangan Copa del Rey, menewaskan Barbastro pada pusingan yang sama musim lalu dengan kemenangan tipis 3-2.

Juara La Liga dan Liga Juara-Juara Madrid, akan berdepan dengan pasukan Minera yang menyingkirkan Alaves dari divisyen pertama pada pusingan sebelumnya.

Juara Copa Athletic akan bertandang ke Logrones, manakala Mallorca bertemu Pontevedra, yang telah menyingkirkan Villarreal. Sementara itu, Atletico Madrid akan berkunjung ke Marbella, yang bermain di divisyen ketiga.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top