Intan Najuwa Berang Dituduh Tak Basuh Baju Bayi

Intan Najuwa Berang Dituduh Tak Basuh Baju Bayi

Pelakon Datin Intan Najuwa meluahkan rasa geram apabila dituduh tidak menjaga kebersihan barangan bayi sulungnya.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Intan menegaskan dia sudah menghantar semua pakaian bayinya ke cucian kering dan sudah dibersihkan sepenuhnya.

“Saya juga sudah asingkan pakaian untuk usia tiga hingga enam bulan, kerana baju itu belum akan digunakan sekarang. Saya tidak perlu beri penjelasan panjang lebar tetapi ada sahaja antara anda yang cakap itu ini,” katanya.

Sementara itu, Intan berkata bukan sekadar baju malah rumah juga sudah dibasmi kuman sebelum bayinya belum dilahirkan.

“Bukan sekadar baju, bilik dan seluruh rumah saya juga sudah dipanggil orang untuk bersihkan siap sanitasi sekali sebelum bawa bayi masuk.

“Kalau bercakap tentang kebersihan, mungkin awak semua tidak tahu betapa saya sangat menitikberatkan perkara ini. Kadang kadang soalan macam kita ini benak ubi sangat tak tahu pasal benda asas,” tulisnya.

SUMBER: Kosmo


Scroll to Top