5 cedera kenderaan dihempap pokok tumbang

5 cedera kenderaan dihempap pokok tumbang

am@hmetro.com.my

Kota Belud: Lima individu cedera selepas kereta dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Jalan Rosok Bengkahak di sini, pagi hari ini.

Dalam kejadian pada 9.30 pagi itu, kesemua mangsa yang menaiki Perodua Kelisa terpaksa dikejarkan ke Hospital Kota Belud untuk rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud Muhammad Syazwan Latun berkata, sepasukan anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada 9.44 pagi.

“Setiba di lokasi kejadian didapati sebatang pokok tumbang menghempap kereta terbabit.

“Kelima-lima mangsa terbabit dikeluarkan dan dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba dengan dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menjalankan operasi memotong pokok tumbang menggunakan peralatan khas gergaji berantai.

“Seterusnya mengalihkan dahan pokok tumbang ke tempat selamat. Selepas memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, operasi ditamatkan sepenuhnya pada 10.11 pagi,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top