Nahas di acara drag: Kereta terbabas ketika tiba di garisan penamat

Nahas di acara drag: Kereta terbabas ketika tiba di garisan penamat

am@hmetro.com.my

Sandakan: Kenderaan yang dipandu mangsa dalam acara Drag Battle di Liter Sandakan Turt Club, Batu 5, semalam dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kiri liter perlumbaan ketika melepasi garisan penamat.

(HDOK).

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan K Ramasamy berkata, hasil siasatan awal polis mendapati mangsa adalah peserta dalam acara Drag Battle.

“Ketika kejadian, kenderaan Honda dipandu mangsa yang sudah melepasi garisan penamat, hilang kawalan lalu terbabas ke kiri liter perlumbaan.

“Mangsa tersepit dalam kenderaan yang dipandunya dan dikeluarkan oleh pasukan bomba,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang parah dihantar ke HDOK untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun katanya mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 5.25 petang.

“Mayat mangsa kini berada di Unit Forensik HDOK dan bedah siasat akan dijalankan hari ini.

“Kes disiasat dan diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya.

Terdahulu, insiden itu turut tular selepas rakaman video berdurasi 13 saat menunjukkan kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas, melambung dan berpusing beberapa kali.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top