firdaushashim@hmetro.com.my
Petaling Jaya: Muka baharu skuad Harimau Malaya, Jimmy Raymond mengakui bekas pemain kebangsaan, Joseph Kalang Tie banyak memberi nasihat dan berkongsi pengalaman untuk menjadi pemain terbaik khususnya bersama skuad negara.
Untuk rekod, Joseph menyarung jersi negara pada 2016 lalu.
Menurut Jimmy, dia berterima kasih kepada pengendali negara, Pau Marti Vicente yang memberinya peluang bersama skuad Harimau Malaya.
“Saya perlu berterima kasih kepada jurulatih atas kepercayaan yang diberikan kepada saya.
“Saya sudah selesa dengan pasukan dan saya rasa pasukan seperti sebahagian daripada keluarga.
“Joseph sentiasa berhubung dengan saya dan memberitahu saya untuk fokus pada permainan dan latihan saya. Dia memberitahu saya untuk bekerja keras,” kata pemain kelahiran Bintulu itu.
Mengulas mengenai perlawanan menentang Singapura, Jumaat ini, Jimmy mengakui pasukan negara tidak boleh leka dalam aksi itu.
“Kami mahu melakukan yang terbaik dan mendapat keputusan positif untuk pasukan menentang Singapura.
“Saya rasa semua pemain mereka perlu diberi perhatian, kami tidak boleh leka,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan di Wisma FAM di Kelana Jaya, hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd




