Pelakon Idzham Ismail mencuri perhatian selepas memuat naik status di platform X miliknya baru-baru ini.
Menerusi hantaran tersebut, Idzham, 36, berkata, dia sukar mencari pengganti isterinya, Siti Nur Abilah Shamsudin dek kerana wanita itu sudah meletakkan penanda aras yang terlalu tinggi untuk susuk seorang wanita yang bakal dijadikan isterinya kelak.
Katanya menjelaskan hal berkenaan, dia mudah terganggu apabila wanita yang bakal dikenalinya itu tidak mencapai ‘standard bekas isterinya.
“Aku baru faham apa itu having standard.
“Mungkin bekas isteri aku letak par terlampau tinggi for the next. Buat slack sikit, aku dah annoyed.

Terdahulu, pada 4 November lalu, Idzham memaklumkan, bekas isterinya itu mula berubah sikap selepas diberi keizinan untuk bekerja sebagai pramugari sehingga berlaku perselisihan faham antara mereka sejak Jun lalu.
Sekadar info, Idzham dan Abilah berkahwin pada Ogos 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Sofea Inara, 7 dan Muhammad Idrus, 4 tahun.




