Kuala Lumpur: Pelakon Elisya Sandha berkongsi khabar gembira mengenai dirinya kini hamil anak kedua.
Elisya, 25, meluahkan rasa syukur atas kurniaan rezeki itu serta tampil membuat kejutan pada suami tersayang, Uzair Haqimy.
“Syukur untuk rezeki terbesar dalam hidup. Terima kasih diatas doa semua.
“Bunga (anak sulung) nak jadi kakak dah,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram disamping video memperlihatkan Uzair sebak ketika berkongsi keputusan ujian kehamilannya.
Mereka kemudian berpelukan bersama. Turut dikongsikan gambar imbasan kehamilan.
Dalam video lain Elisya turut berkongsi kejutan istimewa itu buat ibu mentua juga pelakon, pengacara dan penerbit Sheila Rusly. Sheila turut meluahkan perasaan gembira dan menangis tatkala mengetahuinya.
Elisya dan Uzair berkahwin pada Ogos 2017 dan dikurniakan cahaya mata iaitu Bunga yang kini berusia dua tahun.
© New Straits Times Press (M) Bhd




