Susulan memiliki dadah disyaki ganja pada serbuan di kediamannya yang terletak di Cyberjaya 14 Disember lalu, pelakon dan pelawak, Along Cham kini disambung reman selama empat hari lagi.
Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, tempoh reman terhadap suspek berusia 41 tahun itu akan bermula hari ini sehingga Ahad.
“Perintah sambung reman itu dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan selepas permohonan dibuat polis di Mahkamah Majistret Sepang.
“Polis juga akan merujuk kertas siasatan kes itu kepada timbalan pendakwa raya hari ini, untuk arahan lanjut,” katanya kepada pemberita.
Terdahulu, media melaporkan seorang selebriti lelaki ditahan kerana dipercayai memiliki dua peket lut sinar disyaki ganja seberat 60.3 gram.
Norhizam dilaporkan berkata, ujian air kencing terhadap suspek didapati positif dadah tetrahydrocannabinol (THC).
Malah, hasil siasatan mendapati selebriti itu juga sudah terlibat menagih dadah sejak 8 tahun.
ARTIKEL BERKAITAN:Along Cham Direman 5 Hari, Disyaki Miliki Ganja
ARTIKEL BERKAITAN:“Nak Kahwin Kena Ada Keinginan” – Lebih 7 Tahun Menduda, Along Cham Belum Terbuka Hati Cari Pengganti
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Bukan Zalim! Tapi Masih Ramai Yang Tak Tahu..” – Along Cham Dedah Punca Kenapa Larang Bekas Isteri Jumpa Anak
Sumber: Harian Metro




