Remaja parah langgar kereta peronda polis elak anjing

Remaja parah langgar kereta peronda polis elak anjing

am@hmetro.com.my

Jeli: Seorang remaja cedera parah dalam kemalangan dengan kereta peronda polis di Kilometer 10, Jalan Jeli-Dabong di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Saari Yaacob berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.20 malam ketika kereta peronda dari arah Kuala Balah ke Jeli mengelak anjing tiba-tiba melintas.

“Pada masa yang sama, remaja lelaki berusia 17 tahun itu yang menunggang motosikal Honda EX5 dari arah belakang terus melanggar sisi kanan kereta peronda terbabit.

“Mangsa cedera parah di badan dan dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli di talian 099440222 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Aina’syazwana Alias di talian 011-14382131.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top