Keluarga kepada seorang penyanyi popular Kelantan, yang terkenal dengan lagu berunsur dikir barat, kini perlu menanggung kos guaman yang mencecah RM1.3 juta (bersamaan 10 juta baht).
Penyanyi wanita tersebut kini ditahan reman di Penjara Narathiwat selepas terlibat dalam kes penyeludupan 6,000 biji pil kuda.
Memetik laporan Sinar Harian, seorang ahli keluarga penyanyi tersebut berkata, mereka mungkin terpaksa menjual tanah dan rumah bagi menampung kos guaman yang ditawarkan oleh peguam dari Thailand.
Kami bukan keluarga senang, jumlah itu terlalu tinggi. Kalau terpaksa, tanah dan rumah mungkin akan dijual kerana ini sahaja yang ada.
Buat masa ini, kami hanya mampu berdoa agar kes ini dipermudahkan dan selesai dengan baik.- Katanya.
Kos guaman di Thailand cekik darah?

Difahamkan, dua peguam dari Thailand telah menawarkan khidmat guaman kepada penyanyi berkenaan dengan kadar bayaran 10 juta baht setiap seorang.
Namun, keluarga penyanyi ini menolak tawaran tersebut kerana bimbang ada pihak cuba mengambil kesempatan atas situasi mereka.
Dalam masa yang sama, penyanyi wanita ini yang kini berada dalam tahanan memaklumkan bahawa dia dan rakan-rakannya menerima layanan yang baik dan diberi kebebasan menjalankan ibadah seperti biasa.
BACA: Penyanyi ‘Bea Soba Bea’ Ditahan Di Thailand: Keluarga Tak Mampu Bayar Peguam RM1 Juta
#OhmediaNasihat
Kisah ini mengingatkan kita bahawa setiap tindakan yang diambil perlu dipertimbangkan dengan sebaik-baiknya kerana akibatnya bukan hanya dirasai oleh individu, tetapi juga keluarga tersayang.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro