Pilih Nama Aghnia Amira Jiwa, Tya Arifin Selamat Bersalin Anak Ketiga

Pilih Nama Aghnia Amira Jiwa, Tya Arifin Selamat Bersalin Anak Ketiga

Pelakon dan usahawan, Tya Arifin selamat melahirkan anak ketiga secara normal yang diberi nama Aghnia Amira Jiwa.

Berita gembira tersebut dimuat naik olehnya menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada Jumaat.

“Alhamdulillah Masya-Allah, Tabarakallah. Anak kami yang ketiga telah lahir dengan selamat secara normal.

“Aghnia Amira Jiwa, dengan berat 3.6 kilogram (KG) pada hari Jumaat, 20/12/20204, jam 11:11 pm,” tulisnya di kapsyen.

Isteri kepada usahawan, Asyraf Khalid turut mendedahkan wajah puterinya itu.

Sekadar info, Tya dan Asyraf berkahwin pada 1 November 2015 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahata mata iaitu Arif Jiwa Asyraf, 7, dan Azzahra Jiwa Asyraf, 5.

Scroll to Top