Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin memaklumkan tidak menjadi satu kesalahan untuk ahli PAS pelbagai peringkat memberi sumbangan dalam ‘derma jihad’ kepada Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura yang kalah dalam kes saman fitnah difailkan tiga pemimpin DAP.
Derma adalah amalan PAS

Terbaru, menerusi laporan daripada FMT. Hashim menjelaskan bahawa sikap bantu-membantu sudah menjadi amalan PAS sebagai parti Islam.
Iya, sepatutnya kita pakat tolong dia. Bagi saya tak salah pun kalau nak bantu, bukan dipaksa. – Katanya ringkas
Sebelum ini tersebar satu surat pekeliling yang dihantar kepada pimpinan dan ahli PAS memohon ‘derma jihad’ bagi membiayai saman fitnah dibuat oleh Siti Mastura berjumlah RM825,000.
Surat tersebut turut menyatakan bahawa jika saman tidak dilunaskan, plaintif berkemungkinan memulakan prosiding kebankrapan, yang bukan sahaja boleh menyebabkan Siti Mastura kehilangan kelayakan sebagai wakil rakyat, malah turut perlu mengosongkan kerusi Parlimen Kepala Batas.

Pada 4 Disember lepas, Siti Mastura telah kalah dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, dan Teresa Kok susulan ucapannya yang mengaitkan mereka dengan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.




