Sambut Ulang Tahun Pertama Perkahwinan, Syafie Naswip Dedah Isteri Alami Keguguran

Sambut Ulang Tahun Pertama Perkahwinan, Syafie Naswip Dedah Isteri Alami Keguguran

Genap setahun usia perkahwinan, pelakon berbakat Syafie Naswip mendedahkan isterinya, Nur Afiqah Ishak telah mengalami keguguran empat bulan lalu.

Perkara itu dikongsi Syafie Naswip atau nama penuhnya, Muhammad Syafie Naswip, 32, menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya pada Isnin.

“Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama. Ini adalah permulaan untuk banyak lagi sambutan ulang tahun bersama.

“Empat bulan lalu. Al-Fatihah kepada Mohammad Eshal. Terima kasih hadir seketika, kamu memori terindah di tahun 2024,” coretnya.

 

Dalam hantaran sama juga, aktor itu turut menyertakan foto perkahwinannya dan juga imbasan ultrasound isterinya bersama dengan sepotong video pendek memperlihatkan janin bayi mereka.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata rakan selebriti dan peminat menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan agar pasangan ini dipemudahkan urusan disamping terus bahagia melayari bahtera perkahwinan.

Sekdar info, Syafie Naswip dan Afiqah mendirikan rumah tangga pada 23 Disember 2023.

ARTIKEL BERKAITAN:Tahniah! Syafie Naswip Akhirnya Tamat Zaman Bujang Dengan Hanya Sekali Lafaz

ARTIKEL BERKAITAN:“Masih Single Ke? Sudi Tak Jadi Imam Saya & Anak” – Syafie Naswip Dedah Wanita Berstatus Janda Ajak Kahwin?

ARTIKEL BERKAITAN:Alami Kejang Perut & Sukar Bernafas, Syafie Naswip Selamat Jalani Pembedahan

Scroll to Top