Pelakon jelita, Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta meminta agar kenyataan yang dilaporkan berhubung dakwaan dia gagal membayar hutang pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA) adalah tidak tepat.
Kata Che Ta berkongsi hantaran di ruangan Instagam Story, dia akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu tersebut kelak.
“Sila betulkan statement anda atau dapatkan berita yang sahih!
“One fine day, saya akan buat statement yang sebenar-benarnya,” tulisnya.
Dalam hantaran sama, Che Ta turut berkongsi laporan dipercayai daripada petikan berita yang mendakwa dirinya tidak pernah membayar pinjaman berkenaan sejak 2017.

Pada Isnin, media melaporkan bahawa kereta jenama Haval, sofa, peti ais dan pendingin hawa milik aktres itu akan dilelong melalui lelongan awam.
Perintah lelongan barangan milik Che Ta itu telah dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya dan akan dijalankan oleh Auctrade Auctions Solution.
Terdahulu, pada 10 Disember lalu, kediaman aktres berkenaan yang terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya dilapor diserbu pegawai Majlis Amanah Rakyat (MARA) bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.
ARTIKEL BERKAITAN:Che Ta Nafi Rumah Disita, Tunggu Masa Sesuai ‘Buka Mulut’ – “Sekarang Tinggal Kat Rumah Lah, Takkan Atas Pokok Pula”
ARTIKEL BERKAITAN:Kontraktor Rumput Tiruan Padam Hantaran Tular Berkaitan Che Ta Selepas Hutang Dilunaskan – “Anas Zahrin Bayarkan”
ARTIKEL BERKAITAN:Che Ta & Anak Sulung Bakal Diisytihar Muflis Oleh MARA
ARTIKEL BERKAITAN:Video Promosi Lama Tular Semula, Warganet Dakwa Che Ta ‘Print’ RM100 Guna Kertas Putih Nak Tunjuk Duit Berkepuk?
ARTIKEL BERKAITAN:“Tulislah Apa Nak Tulis Selagi Tak Jatuh Fitnah”- Che Ta
ARTIKEL BERKAITAN:Barang Peribadi Che Ta Bernilai Hampir RM100,000 Disita… Pengurus Bakal Keluar Kenyataan Rasmi Tak Lama Lagi!
ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Gagal Langsai Hutang MARA Hampir RM1 Juta, Che Ta Sempat ‘Wish’ Hari Lahir Anak Di IG
ARTIKEL BERKAITAN:“Ketika Ditimpa Ujian, Ada Rakan Selebriti & Pempengaruh Jauhkan Diri” – Mahu Terus Bangkit, Che Ta Pot Pet Kekal Positif



