Man Kulim Pening meninggal dunia

Man Kulim Pening meninggal dunia

am@hmetro.com.my

Alor Setar: Pempengaruh media sosial yang popular di kawasan utara, Man Kulim Pening dilapor meninggal dunia, hari ini.

Berita itu disampaikan rakan Allahyarham yang juga pempengaruh, Eira Aziera menerusi hantaran di Facebook hari ini.

“Tolong sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Man Kulim kerana dia sudah tinggalkan kita, saya dapat info dalam jam 6 petang tadi.

“Eira dalam perjalanan ke rumah arwah di Kulim dan jenazah akan dikebumikan… tak pasti malam ini atau esok pagi. Sekarang jenazah ada di rumahnya.

“Sesiapa yang nampak video ini, tolong sedekahkan Al Fatihah kepada arwah dan semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, Aamiin,” katanya.

Sementara itu, adik Allahyarham dikenali Bunga Dhia turut berkongsi berita kematian abang sulungnya di FB.

Katanya, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir selepas Asar tadi dan dijangka akan dikebumikan di Penaga, Kuala Muda.

Dalam perkongsian itu, dia memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan kehilangan itu walaupun berat untuk menanggungnya kerana baru sahaja kehilangan ibu mereka pada 11 Disember lalu.

Dalam pada itu, rata-rata warganet menzahirkan takziah dan berkongsi kesedihan atas pemergian Man Kulim Pening yang sebelum ini menghiburkan dengan aksi bersahaja.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top