Hujan lebat berserta ribut, dinding kaca bangunan berderai diterpa angin kencang

Hujan lebat berserta ribut, dinding kaca bangunan berderai diterpa angin kencang

Cuaca yang agak ekstrim sejak kebelakangan ini kerap kali menghadirkan khabar panik dan duka disesetengah kawasan apabila mengalami kerosakkan kerana angin kencang serta hujan lebat.

Sejak semalam,  Kuala Lumpur dan kawasan berdekatan telah mengalami hujan lebat beserta ribut yang agak menakutkan.

Petang tadi, menerusi perkongsian video daripada akaun Twitter jayyidkhairir, dia telah berkongsi momen dimana dinding kaca Bangunan Etiqa masjid Jamek pecah dan runtuh apabila diterpa ribut kuat.

Video berdurasi 9 saat itu memperlihatkan orang ramai berlari memasuki bangunan setelah hujan semakin lebat dan angin tiba-tiba kencang menghentam dinding kaca di kawasan mesin ATM.

Beberapa wanita dilihat hampir sahaja ditimpa kaca yang pecah namun sempat menyelamatkan diri.

Walau bagaimanapun, menerusi ruangan komen, sumber memaklumkan tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku. Cuma ada sebahagian yang berada di lokasi kejadian berasa trauma dengan situasi panik tersebut.

Rata-rata warganet juga turut berasa terkejut dan meluahkan rasa takut melihat kejadian seperti itu di kawasan pejabat.

Setakat ini, belum ada maklumat sahih waktu kejadian berlaku dan hanya tular di media sosial. Semoga yang berada di lokasi kejadian diberi perlindungan dan keselamatan.

Sumber: jayyidkhairir

 

Scroll to Top