Didi Astillah Muak, Minta Ruhainies ‘Stop’ Sebar Fitnah Kes Khalwat Babitkan Bella Astillah – “Kaki DVD Betul Awak Ni”

Didi Astillah Muak, Minta Ruhainies ‘Stop’ Sebar Fitnah Kes Khalwat Babitkan Bella Astillah – “Kaki DVD Betul Awak Ni”

Penyanyi Didi Astillah berasa berang dan muak dengan tindakan pelakon, Ruhainies yang masih belum ‘move on’ terhadap kes khalwat melibatkan dirinya dan Bella Astillah.

Kata Didi, kakaknya itu tidak pernah bertindak atau merancang insiden penangkapan khalwat bekas suaminya yang juga penyanyi, Alif Aziz dan aktres itu.

Malah, dia juga mendakwa bahawa Ruhainies cuba mempengaruhi beberapa individu bergelar Datuk untuk bercakap buruk mengenai Bella.

“ Malas dan penat sebenarnya bila nampak posting melibatkan dia ni.

“Tapi video yang baru ni memang buat saya terpanggil nak bagitahu sikit tentang kenyataan dia yang tak habis nak cakap soal “orang tak tahu perkara sebenar sampai sekarang pun tak tahu.

“Tak habis habis main sentimen tu. Mari saya ingatkan, dulu pun pernah buat statement yang sama lepas tu terus pergi umrah sebab nak tunjuk tak salah, kemudian betul-betul Allah SWT  jawab doa kakak saya yang korang aniaya. Allah hantar sesorang untuk ‘REVEAL’ perancangan jahat you.

“Sebab you tak terfikir whatsapp korang akan di baca oleh sesiapa. Tapi kuasa Allah tiada tandingan.

“Anda merancang tapi Allah yang menentukan. Baru lah nampak perangai you. Betapa hitamnya hati nak kenakan my sister itu ini,” katanya.

Cabar Ruhainies

Dalam hantaran sama, Didi kelihatan mencabar Ruhainies untuk mengemukakan saman terhadap kakaknya.

“ Pada saat kakak saya buat posting dengan meletakkan nama awak di sosial media dia kerana awak berjaya meruntuhkan rumahtangga dia dengan kes khalwat tu kenapa tak saman je dia masa tu? Berani kerana benar.

“Tapi ada hikmah kes khalwat terjadi… kalau tak, mungkin ada lagi  yang ke 12 terjadi,” jelasnya.

Henti tuduh Bella rancang kes khalwat

Tidak habis disitu, Didi juga berharap agar Ruhainies berhenti menyebarkan fitnah selain mendakwa Bella adalah individu yang merancang kes penangkapan khalwatnya bersama Aliff.

“ Tolong stop menyebarkan fitnah konon kakak saya perangkap (umur korang 12 tahun ke nak kena perangkap ) saya tahu awak ada DM artis dalam industri kita ni yang bergelar Datuk untuk mengutuk dan fitnah kakak saya. Cakap kakak saya rancang lah semua ni,  gila ke apa nak rancang?

“Itu perangai awak. Ingat kakak saya nak ke anak dia kehilangan bapa?

“Lama dia bertahan sampai rujuk balik bertahan lagi 5 tahun cuba fikir?! Kaki dvd betul awak ni. Lepas tu jumpa beberapa orang artis dan founder kilang untuk berceritakan hal ini. Dah macam budak sekolah nak cari orang untuk take side.

“ Tapi macam itulah orang salah, tak tenteram sibuk nak beritahu orang walau orang tak tanya. Sebab apa? Sebab salah. Kenapa tak move on lagi ya?

“Siapa yang bercerai ni, awak ke kakak saya? Kita kalau nak panjangkan lagi boleh je tapi come on, dah nak masuk 2025, tak penat ke jadi jahat?,” jelasnya.

Perkara itu dikongsi Didi menerusi hantaran yang dimuat naik di ruangan Instagram Story miliknya baru-baru ini.

Sekadar info, pada 9 Mac lalu, dunia hiburan dikejutkan apabila Ruhainies dan Aliff Aziz dilaporkan ditangkap khalwat  di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Dan, pada prosiding 3 Julai lalu. Aliff dan Ruhainies kemudiannya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan khalwat tersebut sekaligus memohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Abu Suffian Abu Yaziz.

Scroll to Top