Pentas CSOIAM Minggu Kedua Lebih Hangat!  Yuna & Dayang Nurfaizah Bakal Buat Kejutan

Pentas CSOIAM Minggu Kedua Lebih Hangat!  Yuna & Dayang Nurfaizah Bakal Buat Kejutan

Terus mencipta fenomena, konsert minggu kedua Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) bakal dihangatkan dengan kehadiran tiga figura penyanyi terkenal tanah air.

Menjanjikan malam penuh magis dengan persembahan hebat peserta, CSOIAM minggu kedua ini pastinya lebih istimewa apabila Dayang Nurfaizah bakal menghangatkan pentas pembukaan nanti menerusi lagu popularnya, Hakikat Cinta dan Lemah.

Selain itu, pemenang Terpaling Fizz bagi episod pertama CSOIAM iaitu, Kai Deva juga bakal bergandingan dengan penyanyi legenda rock tanah air, Datuk Nash dalam sebuah persembahan epik menerusi lagu ikonik, Pada Syurga Di Wajahmu.

Gabungan suara generasi baharu dan legenda ini pastinya menjanjikan momen penuh emosi sekaligus mempamerkan kehebatan di atas pentas CSOIAM.

Tidak habis disitu, kejutan pada konsert minggu kedua ini juga terus dihangatkan dengan kehadiran ikon muzik bertaraf antarabangsa, Yuna.

Bertindak sebagai juri jemputan, Yuna bersama-sama Datuk Yusry, Ziana Zain dan Cakra Khan selaku juri tetap akan sama-sama memastikan 14 peserta CSOIAM kali ini tidak melepaskan peluang untuk membuktikan bakat dan kreativiti mereka di atas pentas.

Bersiaplah untuk teruja dengan pandangan tajam, komen membina, dan aura memukau dari panel juri yang penuh prestij minggu ini.

Dengan tema ‘Melodi Indah, Segar Membara’, persaingan minggu kedua ini dijangka lebih sengit apabila kesemua peserta terbaik diberi peluang untuk membawakan lagu-lagu pilihan mereka.

Berikut merupakan senarai lagu yang akan dibawakan peserta CSOIAM:

    1. Trio XL – Khayalan
    2. Erfarina – Teringin
    3. Rezza Shah – Tiara
    4. Mariam – Di Persimpangan Dilema
    5. Aniq – Seribu Impian
    6. Alya Mardien – Janji Manismu
    7. Dhania – Sekadar Di Pinggiran
    8. Kai Dewa & Dato’ Nash – Pada Syurga Di Wajahmu
    9. Zazzleen – Aku Cinta Padamu
    10. Marygrace – Sepi Sekuntum Mawar Merah
    11. Jimi – Di Penjara Janji
    12. Dayang Ku Iffah – Elegi Sepi
    13. Hafiz Zainal – Relaku Pujuk
    14. Eylia Guntabid – Hanya Di Mata

Minggu kedua ini juga merupakan minggu dimana bermulanya undian rasmi untuk CSOIAM!

Undian setiap peserta adalah berdasarkan gabungan 60 peratus markah daripada juri profesional dan 40 peratus undian penonton.

Berikan impak sepenuhnya kepada peserta kegemaran anda, terdapat tiga cara mudah untuk anda peroleh undian:

  • Pengguna baharu kini berpeluang menikmati 10 undian percuma hanya dengan mendaftar di Tonton
  • Pengguna Tonton sedia ada juga tidak akan ketinggalan,  anda juga akan menerima tambahan 10 undian percuma setiap minggu secara automatik. 
  • Kini anda boleh membeli produk Calpis di Shopee untuk menebus baucar eksklusif yang memberikan tambahan 50 undian bagi setiap pembelian produk Calpis.

Undian anda adalah kunci kepada kejayaan mereka. Jangan lepaskan peluang untuk menyokong peserta kegemaran anda dengan cara yang paling berkesan.

Jangan lupa mengikuti perjalanan peserta menerusi Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal! Bermula 26 Disember 2024 hingga 8 Februari 2025, setiap Khamis hingga Sabtu jam 9:00 malam. Sorotan eksklusif ini membawa anda menyelami dedikasi, cabaran, dan pencapaian peserta sepanjang pertandingan.

Saksikan Keajaiban Episod Kedua Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) adalah sesuatu yang anda tidak mahu lepaskan! Siaran langsung bermula jam 9.00 malam di TV3 atau strim secara HD di Tonton. Jangan lupa ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk terus bersama kami dalam mencipta fenomena luar biasa ini.

 

 

Scroll to Top