Rempuh papan tanda lebuh raya: Kelindan lori disahkan meninggal dunia

Rempuh papan tanda lebuh raya: Kelindan lori disahkan meninggal dunia

am@hmetro.com.my

Gurun: Kelindan lori yang parah akibat tersepit selepas terbabit kemalangan di Kilometer 77.7 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah selatan, di sini hari ini dilaporkan meninggal dunia.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak Mohd Fauzi Razali berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kemalangan.

Beliau berkata, operasi mengeluarkan mangsa berusia 20 tahun itu tamat pada 8.25 malam.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, kelindan lori terbabit parah akibat lori yang dinaikinya terbabas dan melanggar papan tanda lebuh raya Plus, petang .

Turut cedera dalam kemalangan itu adalah pemandu lori berusia 33 tahun serta seorang lagi kelindan berusia 24 tahun.

Kemalangan itu turut menyebabkan kesesakan jalan lebih dua jam.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top