Ramos positif COVID-19

Ramos positif COVID-19

MADRID: Kapten Real Madrid, Sergio Ramos yang tersisih sebelum ini bagi aksi kedua suku akhir Liga Juara-Juara menentang Liverpool akibat kecederaan, disahkan positif COVID-19, umum kelab itu hari ini.

“Pemain kami, Sergio Ramos diuji positif menerusi ujian terakhir COVID-19,” kata Real Madrid dalam satu kenyataan.

Kes Ramos adalah kedua dikesan membabitkan skuad Real pada minggu ini.

Selasa lalu, pertahanan kelab itu, Raphael Varane turut disahkan positif. Setakat ini bek Perancis itu belum mendapat kebenaran menyertai kembali pasukannya.

– AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top