am@hmetro.com.my
Jerantut: Allahyarham Azri Fahmi Bahiudin Zaiful Afindi, 14, sempat memohon maaf sebelum dilaporkan terjatuh dalam Sungai Pahang pada Sabtu lalu petang kepada rakan sekolahnya.
Malah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temin turut membuat beberapa hantaran pelik berkaitan kematian di akaun TikToknya.
Rakan sekelasnya, Aidil Hakim Muhammad Shaiful, 14, berkata, malam sebelum kejadian, Allahyarham memohon maaf menerusi WhatsApp kepada rakan sekolah.
“Arwah memohon maaf kepada semua rakan. WhatsApp tu dihantar pada malam Jumaat.
“Arwah juga membuat beberapa hantaran di TikTok seperti
pertanyaan merasakan diri diketepikan, tidak sedap hati dan perlu siap dibaringkan depan imam?” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Mat Kilau, hari ini.
Menurutnya, dia apabila menerima perkhabaran rakannya itu lemas pada Sabtu.
Azri Fahmi dilaporkan terjatuh ke sungai cuba naik ke rumah rakit di tepi Sungai Pahang, kira-kira jam 5 petang, Sabtu lalu.
Mayat ditemukan kira-kira 900 meter dari lokasi tempat dia terjatuh pada jam 7.45 pagi ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd




