'Saya harap kematian anak saya terbela'

'Saya harap kematian anak saya terbela'

mhafis@mediaprima.com.my

Kajang: “Saya harap kematian anak saya terbela dan pembunuhnya dikenakan hukuman setimpal.”

Itu kata Yap Yen Yau, bapa kepada remaja Yap Xin Yuan, 15, yang dibunuh sebelum mayatnya ditemui dalam keadaan reput di Banting, Selangor pada 28 Disember lalu.

Yen Yau berkata, ingin mengucapkan terima kasih kepada kepada pihak yang bersimpati, mengirimkan kad dan bunga serta menunjukkan perasaan sedih di atas kehilangan Xin Yuan.

“Saya juga menghargai segala sokongan diberikan kepada kami sekeluarga,” katanya kepada Harian Metro malam ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan identiti mayat reput yang ditemui di Kampung Rancangan Tanah Baharu (RTB) Sungai Changgang, Banting, disahkan Xin Yuan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, perkara itu disahkan Jabatan Kimia Malaysia selepas menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Terdahulu polis menahan tiga lelaki termasuk teman lelaki mangsa selepas dia dilaporkan hilang pada 19 Disember lalu.

Mangsa dilapor hilang apabila tidak pulang ke rumahnya selepas tamat latihan tarian singa di gelanggang bola keranjang di Batu 11, Cheras.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top