Kerajaan Malaysia baru-baru ini telah melancarkan logo dan maskot rasmi Kempen Melawat Malaysia 2026 yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lalu.
BACA: Malaysia Lancar Kempen Visit Malaysia 2026, Maskot Beruang Matahari Curi Tumpuan
Namun, selepas pelancaran tersebut, timbul dakwaan daripada netizen yang mempersoalkan keaslian rekaan terutama maskot ‘Beruang Matahari Malaya’ itu. Ada yang bertanya sama ada maskot tersebut dihasilkan menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI) ataupun tidak.
Anak pereka jawab siap beri bukti lukisan bapanya

Menerusi aplikasi X, seorang pengguna bertanya dan memohon jawapan adakah maskot ini direka oleh AI. Selepas ciapan tersebut tular, tanpa disangka seorang pengguna dengan akaun bernama Muhdhelmiyani tampil menjawab perkara itu.
Beliau mendedahkan bahawa maskot tersebut sebenarnya merupakan hasil rekaan bapanya sendiri.
Hi this is not AI, this is an original drawing by ayah saya.-Katanya
Maskot yang diberikan nama Wira (beruang jantan) dan Manja (Beruang betina) diperkenalkan bagi memeriahkan kempen itu.

Ada yang percaya dan ada yang tidak…
Walaupun anak pereka tersebut telah menjelaskan keaslian rekaan maskot itu, namun masih ada segelintir netizen tetap berpendapat bahawa idea asalnya masih dipengaruhi oleh AI.






#OhmediaNasihat
Dalam era media sosial, maklumat boleh tersebar dengan cepat, sama ada benar atau tidak. Sebelum membuat persepsi yang kurang baik, adalah lebih baik lakukan kajian terlebih dahulu atau tanya secara langsung kepada pihak berkenaan. Ini dapat mengelakkan salah faham.




