Zahnita Wilson Terkejut Suami Dan Anak Boleh Keluar Kenyataan Macam Tu | Oh! Media

Zahnita Wilson Terkejut Suami Dan Anak Boleh Keluar Kenyataan Macam Tu | Oh! Media

Pelakon dan model terkenal, Zahnita Wilson, akhirnya bersuara selepas suaminya, Abdul Zackery Ghouse, membuat kenyataan mengejutkan bahawa dia merupakan mangsa sebenar dalam isu keganasan rumah tangga mereka.

Zahnita mengakui terkejut dengan dakwaan tersebut tetapi memilih untuk tidak memberikan komen lanjut.

Maaf saya tidak mahu ulas apa-apa tentang kenyataan tersebut. Tapi saya tak sangka sebenarnya dia boleh berkata demikian.

Nak ke orang tahu tentang hal ni? Kalau dia nak buat macam ni, okay saya akan teruskan dengan kes ni.- Katanya kepada media.

Zahnita tegas pertahankan haknya…

Menurut Zahnita, tindakan suaminya itu berpunca daripada keengganannya menarik balik laporan polis yang telah dibuat sebelum ini.

Dia turut mendedahkan bahawa ketika sesi mahkamah berlangsung, Zackery meletakkan syarat agar laporan tersebut ditarik balik jika ingin lafaz cerai dilakukan.

Semalam telah berlangsungnya kes mahkamah. Di hadapan hakim, dia memberitahu saya antara salah satu syarat untuk dia lafazkan cerai terhadap saya adalah untuk saya tarik balik laporan kes.

Apa yang dia cuba lakukan sekarang adalah salah satu kempen untuk dia menunjukkan diri dia tidak bersalah.- Katanya lagi.

Dakwaan Zackery yang mengejutkan

Sebelum ini, Zackery mencetuskan kontroversi apabila mendakwa dirinya sering menjadi mangsa keganasan Zahnita.

Menurut kenyataannya, dia menafikan pernah memukul Zahnita dan malah mendakwa dirinya sering menerima serangan ala “Muay Thai” daripada isteri. Kenyataan itu menjadi tular, mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen.


Scroll to Top