“Saya Yang Kongsi Resepi Shepherd Pie” – Ibu Mentua Terkilan Zahnita Cakap Buruk

“Saya Yang Kongsi Resepi Shepherd Pie” – Ibu Mentua Terkilan Zahnita Cakap Buruk

Ibu mentua kepada pelakon Zahnita Wilson iaitu Norazlina Abdullah meluahkan rasa kecewa terhadap menantunya itu yang tergamak bersangka buruk tentang dirinya.

Memetik mStar Online, Norazlina berkata dia sangat sayangkan Zahnita sehingga sanggup berkongsikan resepi pai yang kini dijual oleh menantunya itu.

“Saya yang berkongsi resepi shepherd pie kepada dia. Dia mulakan perniagaan dengan resepi saya. Saya tiada masalah dengan Zahnita. Jika saya tak suka kenapa saya sanggup kongsi resepi? katanya.

Sebelum ini Zahnita mendakwa menerima respon kurang baik apabila menghubungi ibu mentuanya susulan isu dihadapi dengan suaminya, Abdul Zackery.

Sementara itu, Norazlina berkata dia menjadi saksi kemelut rumah tangga Zahnita dan Zackery memberi kesan kepada empat cucunya serta sedih melihat apa yang berlaku.

“Dia sepatutnya fikir tentang anak-anak. Jangan libatkan mereka dalam hal ini. Anak-anak jadi tersepit kerana masalah mereka suami isteri.

“Sedih dengan apa yang berlaku sekarang ini. Saya tinggal bersama anak saya dan melihat apa yang dia lalui,” katanya.

SUMBER: mStar Online


Scroll to Top