Kediaman Disewa Sejak 2019, Farid Kamil Tak Tahu Rumah Bakal Dilelong – “Sebelum Ni Tak Ada Masalah”

Kediaman Disewa Sejak 2019, Farid Kamil Tak Tahu Rumah Bakal Dilelong – “Sebelum Ni Tak Ada Masalah”

Susulan laporan yang mengatakan kediamannya bakal dilelong, pelakon dan pengarah Farid Kamil terkejut dan mengaku tidak tahu menahu mengenai isu tersebut.

Kata Farid, kediaman yang terletak di Bandar Saujana Putra, Selangor itu telah disewakannya sejak tahun 2019 lagi.

Dan, memandangkan isu tersebut tular, dia memaklumkan bahawa penyewa berkenaan akan menyelesaikan isu tersebut secepat mungkin.

“Saya sudah tidak tinggal di rumah itu sejak lebih 10 tahun lalu. Rumah berkenaan disewakan sejak 2019.

“Sejak dari itu penyewa membayar terus ke akaun bank pinjaman rumah ini. Sebelum ini tiada apa-apa masalah sehingga sekarang baru dapat tahu rumah itu akan dilelong.

“Penyewa berjanji akan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Harap ini menjawab segala spekulasi,” katanya kepada pemberita.

ARTIKEL BERKAITAN:David Teo Sedia Beli Rumah ‘Lelongan’ Farid Kamil

ARTIKEL BERKAITAN:Rumah Didakwa Milik Farid Kamil Dilelong Lebih RM500,000?

Terdahulu, laporan mengenai rumah aktor itu yang bakal dilelong dengan harga setengah juta tular selepas iklan mengenainya diletakkan pada senarai lelongan awam bertarikh 22 Januari ini.

 

Sumber: Harian Metro

Scroll to Top