Meskipun nyanyiannya menerusi lagu Kekasih Awal Dan Akhir beberapa tahun lalu dikritik, penyanyi Nuha Bahrin membuktikan bahawa nyanyiannya kini semakin baik berbanding dahulu.
Menerusi perkongsian di TikTok, Nuha atau nama penuhnya, Nuha Sakina Saiful Bahrin, 24, tampil menyanyikan lagu berjudul Garam dan Madu serta lagu arab berjudul Menak Wla Meni yang kini popular di platform berkenaan.
Video berdurasi 57 saat itu memperlihatkan Nuha yang memakai kemeja berona putih dipadankan dengan jeans biru dan hijab berona coklat itu sedang berjalan dan dan memegang mikrofon sambil menyanyikan lagu tersebut.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata peminat Nuha memuji cara nyanyiannya yang semakin baik dan sedap didengar.
Bahkan, ramai yang tidak sabar mendengar nyanyiannya bersama anak penyanyi Nora iaitu, Putri Dahlia.



Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telahpun meraih lebih satu juta tontonan dan menerima lebih 100,000 tanda suka sejak ia dimuat naik.




