Wanita Tertipu, Ingatkan Majlis Perkahwinan Hanya Sekadar Lakonan, Tiba-Tiba Sah Jadi Isteri | Oh! Media

Wanita Tertipu, Ingatkan Majlis Perkahwinan Hanya Sekadar Lakonan, Tiba-Tiba Sah Jadi Isteri | Oh! Media

Seorang wanita dari Melbourne, Australia telah ditupu seorang lelaki apabila perkahwinan yang diberitahu hanya sebagai lakonan sebenarnya betul-betul berlaku.

Disebabkan pendedahan ini, pihak mahkamah memutuskan untuk membatalkan perkahwinan mereka kerana berlaku penipuan.

“Saya ingat ini hanya gurauan”- Kata wanita terbabit.

Gambar hiasan

Menurut laporan, wanita yang tidak dinamakan itu bertemu suaminya pada September 2023 melalui aplikasi janji temu. Selepas beberapa pertemuan, lelaki tersebut mengajaknya ke satu acara yang digelar ‘parti putih’ di Sydney pada Disember tahun yang sama.

Namun, apa yang mengejutkan, acara yang sepatutnya adalah majlis perkahwinan olok-olok tetapi menjadi betul.

Tiada orang yang pakai putih masa tu. Bila saya tanya apa yang berlaku, dia beritahu ini majlis perkahwinan untuk Instagram. Katanya, ini hanya gurauan dan untuk buat kandungan berbayar.- Jelas wanita itu kepada mahkamah.

Wanita itu memberitahu dia hanya menyedari perkahwinan itu sah apabila lelaki berkenaan meminta dia menandatangani dokumen bagi permohonan penduduk tetap.

Tidak akan berkahwin tanpa kebenaran ibu bapa…

Gambar hiasan

Wanita tersebut turut memberitahu mahkamah bahawa dia tidak akan berkahwin tanpa kebenaran ibu bapanya dan majlis yang sempurna. Sebaliknya, lelaki terbabit mengatur majlis secara tergesa-gesa tanpa persetujuannya.

Lelaki tersebut bagaimanapun menafikan dakwaan isterinya. Dia mendakwa sudah melamar wanita itu sehari sebelum majlis berlangsung dan wanita tersebut bersetuju.


Scroll to Top