Sebak! Jemaah Warga Emas Ditipu, 15 Tahun Kumpul Duit & Sanggup Ikat Perut Demi Tunai Umrah

Sebak! Jemaah Warga Emas Ditipu, 15 Tahun Kumpul Duit & Sanggup Ikat Perut Demi Tunai Umrah

Seorang warga emas meluahkan rasa kecewa apabila ditipu oleh syarikat pengendali umrah baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video tular di TikTok, wanita yang dikenali Maimun Sarajul, 60, itu merupakan antara  379 bakal jemaah yang gagal ke Tanah Suci.

Lebih menyedihkan, wang yang dikumpul untuk menunaikan umrah itu adalah hasil ikat perutnya selama 15 tahun dan juga sumabngan yang dikumpul daripada Baitulmal sejak 2009 lagi.

“Dari bantuan yang saya dapat sebanyak RM400 tu saya dajh ikat perut. Hampir 15 tahun juga saya ikat perut. Makan nasi berlaukkan bawang dan garam pun mak cik makan. Semuanya sebab niat nak pergi mengerjakan umrah.

“Makcik tak tahu benda ni nak jadi macam ni. Harapan mak cik ialah mahu membawa cucu yang juga OKU untuk ke Tanah Suci, dia juga sudah bersemangat, malah duit untuk menyewa kerusi roda berjumlah RM800 sudah dibayar,” katanya.

Ketika disoal mengenai dimanakah dia mengenai tentang pakej umah yang ditawarkan ini, Maimun bagaimanapun menjelaskan, dia mengetahui tentang pakej umrah tersebut melalui promosi yang dibuat oleh seorang usahawan kosmetik dari Kelantan menerusi aplikasi Tiktok.

“Sebelum ini, mak cik ada bertanya kepada seorang ustaz tentang pakej umrah, namun harga ditawarkan sedikit mahal.

“Jadi, selepas mak cik melihat Tiktok milik usahawan kosmetik itu, dia mempromosikan pakej berjumlah RM11,000 untuk dua orang dan terus berminat dengan tawaran itu,” jelasnya.

Tambahnya, dia juga telah membuat bayaran sebanyak RM33,000 untuk enam orang ahli keluarganya termasuklah anak dan cucu orang kelainan upaya (OKU).

Selain Maimun, terdapat 314 jemaah termasuk dari Brunei dan Korea Selatan turut terkandas selepas penyedia perkhidmatan umrah gagal menyediakan tiket penerbangan, visa dan hotel di Tanah Suci sehingga mengakibatkan kerugian lebih RM2.1 juta.

@sinarharianonline 15 tahun ikat perut kumpul duit untuk umrah – Jemaah terkandas Selama 15 tahun ikat perut dengan hanya makan nasi berlaukkan bawang dan garam bagi menunaikan hajat mengerjankan ibadat umrah, tetapi akhirnya ditipu oleh syarikat pengendali umrah, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqairah Tuan Muhamad Adnan. Perkara itu diluahkan seorang warga emas, Maimun Sarajul,60, yang merupakan antara 379 bakal jemaah yang gagal ke Tanah Suci. Menurutnya, wang yang dikumpul tersebut adalah merupakan sumbangan bantuan daripada Baitulmal berjumlah RM400 sejak 2009. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. Muzik: Elevate dari www.bensound.com #SinarHarian #BeritaSemasa #Umrah #jemaahterkandas #tipuumrah #tipu ♬ original sound – Sinar Harian

 

 

Sumber: Sinar Harian

Scroll to Top