am@hmetro.com.my
Ipoh: Peniaga berasaskan makanan dan minuman di Perak yang tiada Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) diingatkan agar tidak mengiklankan perkhidmatan bufet Ramadan.
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menegaskan iklan seperti itu perlu disertakan pengesahan halal dan mereka ingkar bakal berdepan tindakan undang-undang.
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dalam kenyataan di Faceook berkata, premis perniagaan yang wajib memohon perakuan halal termasuk hotel atau resort, restoran atau kedai makan, pengusaha bufet Ramadan dan seumpamanya.
Katanya, contoh ungkapan pada iklan yang diwajibkan memohon pensijilan itu adalah ‘Bufet Ramadan’, ‘Iftar Ramadan’ dan ‘Set Ramadan’.
“Pihak yang membuat pengiklanan dengan ungkapan merujuk kepada makanan yang ditawarkan adalah halal dan boleh dimakan oleh orang Islam seperti bufet Ramadan bagi tujuan perniagaan, tanpa memiliki SPHM yang sah, adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.
“Jika ada pengusaha dalam negeri Perak yang merancang untuk menyediakan perkhidmatan itu, dinasihatkan untuk mendapatkan SPHM secepat mungkin melalui Bahagian Pengurusan Halal, JAIPk,” menurut kenyataan itu.
© New Straits Times Press (M) Bhd




