Presiden Korea Selatan ditahan agensi antirasuah

Presiden Korea Selatan ditahan agensi antirasuah

– Advertisement –

SEOUL: Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol telah ditahan oleh agensi antirasuah negara itu berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang dilakukannya awal Disember lalu.

– Advertisement –

Pihak berkuasa menyiasat Yoon tiba di kediaman rasminya awal pagi ini, dalam percubaan kedua menahan pemimpin itu untuk disoal siasat berhubung pengisytiharan beliau yang hanya bertahan beberapa jam.

Selama berminggu-minggu lamanya, beliau telah bersembunyi di kediamannya yang dikawal ketat dan dikelilingi oleh pasukan Perkhidmatan Keselamatan Presiden.

Tindakan itu bagi mengelak penangkapan dan menghadapi beberapa siasatan serta perbicaraan untuk melucutkan jawatannya.

Beliau dikehendaki untuk disoal siasat dalam pelbagai siasatan, termasuk atas tuduhan mengetuai pemberontakan, suatu jenayah yang boleh dihukum penjara seumur hidup atau hukuman mati.

Terdahulu, Yoon mengisytiharkan undang-undang tentera dalam ucapan mengejut lewat malamnya pada 3 Disember lalu, dengan mendakwa ahli parlimen pembangkang telah ‘melumpuhkan hal ehwal negara’.

Yoon juga menyebut bahawa langkah itu perlu untuk ‘melindungi Korea Selatan yang liberal’ daripada ancaman yang ditimbulkan oleh ‘unsur anti-negara’.

Pengisytiharan tersebut bagaimanapun mendapat tentangan daripada Ahli Dewan Negara, termasuk dari partinya sendiri yang mengundi untuk membatalkan pengisytiharan itu kira-kira enam jam kemudian. – Agensi / HARAKAHDAILY 15/1/2025

Scroll to Top