[VIDEO] Syed Saddiq Bawa Bella Astillah Balik Kampung, Manis Agih Bantuan Bersama

[VIDEO] Syed Saddiq Bawa Bella Astillah Balik Kampung, Manis Agih Bantuan Bersama

Keakraban pelakon, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sekali lagi menjadi perbualan ramai selepas tular sebuah video yang semakin menunjukkan kemesraan mereka.

Menerusi video tersebut, Syed Saddiq dilihat membawa Bella ke kampung halamannya, Muar, Johor sekali gus membuat aktiviti pengagihan beberapa pakaian serta barangan keperluan harian kepada beberapa buah keluarga.

Malah, Syed Saddiq turut sempat mengusik Bella mengatakan dia memakai baju kurung kanak-kanak kerana fizikal badannya yang kecil.

“Kita panggil Bella, ‘Yang Bella’. Tak perlu Yang Berhormat. Kami nak hantar baju melayu untuk kanak-kanak, tapi Bella boleh pakai juga untuk kanak-kanak,” usiknya.

@teamsaddiq

Bila YB @syedsaddiq bawa @bellaastillah rumah ke rumah sampaikan bantuan. Terima kasih @primavalet atas sumbangan baju raya kepada adik adik ❤️

♬ original sound – Team Saddiq – Team Saddiq

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Bella dan Syed Saddiq segera mendirikan rumah tangga.

Ada juga yang menyakat aktres jelita itu sedang belajar menjadi isteri kepada Syed Saddiq.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syed Saddiq Puji Bella Astillah Seorang Yang Terlalu Memaafkan & Comel

Artikel Berkaitan: Tak Pernah Berhenti Belajar Vokal, Bella Astillah Sedih Ada Pihak ‘Muak’ Asyik Nyanyi Lagu Masing Masing – “Saya Tak Boleh Tolak Permintaan Penganjur”

Scroll to Top