“Rehatlah Abah, Dunia Terlalu Kejam Untukmu” – Luahan Hati Anak Mangsa Pukul Pasar Tani | Oh! Media

“Rehatlah Abah, Dunia Terlalu Kejam Untukmu” – Luahan Hati Anak Mangsa Pukul Pasar Tani | Oh! Media

Di Terengganu, satu kejadian menyayat hati telah berlaku di sebuah pasar tani apabila seorang individu OKU dipukul tanpa belas kasihan.

BACA: YB Sedia Tawar Khidmat Peguam Percuma Untuk Lelaki OKU Jadi Mangsa Pukul

Setakat ini tiga suspek telah ditahan polis dan ada pihak menawarkan khidmat guaman percuma untuk membolehkan mangsa menuntut keadilan.

Terbaru, tular video perkongsian anak mangsa di TikTok memaparkan kesedihan dan kesan emosi daripada insiden itu kepada mangsa.

Anak mangsa pukul di pasar tani luah rasa sedih

Individu dikenali sebagai Hana menulis, “Rehatlah, abah. Dunia terlalu kejam untukmu.” Kata-kata ini menggambarkan betapa beratnya dugaan yang dialami keluarga mereka ketika ini.

Di hantaran lain, Hana mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah mendoakan dan menawarkan bantuan kepada keluarganya. Bapanya kini sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Terengganu Tengah.

“Aboh rehat okay”

pasar tani

Di ruangan komen, netizen memberikan semangat dan berharap mangsa mendapat keadilan daripada apa yang terjadi.

Rata-rata menyifatkan kejadian di pasar tani tersebut terlalu kejam dan tidak berperikemanusiaan.

#OhmediaNasihat

Kejadian ini mengingatkan kita tentang pentingnya menghormati dan melindungi golongan yang lebih lemah. Tindakan kejam seperti ini tidak seharusnya berlaku dalam masyarakat yang bertamadun. Ayuh, kita menjadi individu yang lebih bertanggungjawab dan peka terhadap mereka yang memerlukan.


Scroll to Top