Rakan Dedah Sisi Sebenar Mangsa OKU Mental Insiden Puk*l Pasar Tani – “Dia Bukan Orang Tak Pandai…”

Rakan Dedah Sisi Sebenar Mangsa OKU Mental Insiden Puk*l Pasar Tani – “Dia Bukan Orang Tak Pandai…”

Tragedi menimpa seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental berusia 47 tahun yang teruk dipukul oleh beberapa individu pada Jumaat lalu di sebuah Pasar Tani, Terengganu telah merobek hati ramai.

Susulan itu, individu yang dipercayai rakannya iaitu Cikgu Mie mendedahkan mangsa OKU Mental itu seorang yang bijak dan mempunyai ilmu agama, selain turut berhempas pulas mencari rezeki bagi menampung kehidupanya.

“Itu kawan saya, senior masa di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu.

“Dia bukan orang tak pandai, bukan tak belajar agama tapi ditakdirkan Allah uji dia dapat penyakit mental.

“Sejak habis sekolah dia buat macam-macam jenis perniagaan di Kemaman untuk hidup macam biasa. Dia pernah buka kedai dalam Centre Point.

“Dia kuat usaha dan tak susahkan orang walaupun masa tu dia dah ada kad OKU. Tetapi, seiring waktu berlalu mungkin dia dah semakin keliru dan kadang-kadang sukar kawal kewarasan,” katanya.

Image

Dalam pada itu, menerusi sebuah video tular TikTok yang lain pula memaparkan mangsa OKU mental itu dipercayai memberikan seorang peniaga tepi jalan wang lama berjumlah RM10 dan RM1.

Scroll to Top