Jadi Hos AJL39, Sissy Iman Anggap Rezeki

Jadi Hos AJL39, Sissy Iman Anggap Rezeki

Semalam, penyanyi dan pengacara Sissy Iman bergandingan dengan Nazrudin Rahman diumum sebagai hos Anugerah Juara Lagu ke-39 yang akan berlangsung pada 16 Februari depan.

Memetik mStar Online, Sissy berkata pemilihannya sebagai hos acara tersebut sebagai rezeki dari Allah dan dia akan melakukan yang terbaik.

Pertama kali bakal mengacarakan anugerah berprestij itu, Sissy berkata dia melihat dengan kelebihannya sebagai pemuzik dan komposer dapat menyampaikan ilmu kepada penonton.

“AJL adalah anugerah berprestij. Pentas yang cukup besar sudah lama saya impikan. Insya-Allah dengan kelebihan sebagai penyanyi dan komposer mungkin saya akan kongsikan info tambahan tentang muzik pada penonton,” katanya.

Sementara itu, pengurus projek AJL39 iaitu Russel Mark berkata pihaknya mahu mencuba perkara baru dengan memilih Sissy dan Nazrudin sebagai hos.

SUMBER: mStar Online


Scroll to Top