Pelakon Remaja Lelaki Dakwa Jadi Mangsa S*ks Oral Jurusolek

Pelakon Remaja Lelaki Dakwa Jadi Mangsa S*ks Oral Jurusolek

Seorang pelakon remaja lelaki mendakwa telah ‘dinodai’ oleh seorang jurusolek lelaki di sebuah salun rambut di Ayer Keroh, Melaka pada Jumaat lalu.

Mangsa yang berusia 18 tahun itu mendakwa kejadian berlaku sekitar jam 3 petang ketika dia mengunjungi premis milik suspek untuk mendapatkan perkhidmatan mendandan rambut.

Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan polis dan suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 26 Januari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Pemangku Ketua Polis Melaka, Datuk Md Nazri Zawawi, berkata perintah reman terhadap suspek dikeluarkan oleh Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.

Menurutnya, kejadian didakwa berlaku ketika pelakon sambilan itu pergi ke premis tersebut selepas ditawarkan perkhidmatan mendandan rambut secara percuma.

Md Nazri berkata, suspek bagaimanapun telah melakukan seks oral, yang mengejutkan mangsa. Mangsa kemudian keluar selepas urutan selesai dan membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh pada Sabtu lalu.

Katanya, pasukan Bahagian D11 (Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka telah menahan suspek di Taman Tasek Utama, Ayer Keroh, pada 4.30 petang semalam.Difahamkan, mangsa adalah seorang penuntut tahun pertama kolej dan pernah berlakon dalam drama.

Sumber: Harian Metro

Scroll to Top