Kuala Lumpur: Farm Fresh Berhad sekali lagi dinobatkan sebagai jenama tenusu nombor satu di Malaysia, dengan memenangi Anugerah Platinum tahun keempat berturut-turut dalam kategori Minuman-Tenusu di Malam Gala Putra Brand Awards 2024 yang berprestij sejak kemenangan pertama mereka pada tahun 2021.
Farm Fresh turut menerima anugerah Putra Brand Marketer of the Year, atas usaha tanpa henti memperjuangkan inovasi dan kreativiti dalam membina jenama mereka, serta gelaran Putra Brand Icon atas pencapaian meraih Anugerah Platinum untuk empat tahun berturut-turut.
Ditubuhkan pada tahun 2009, Farm Fresh telah berkembang menjadi salah satu jenama tempatan paling ikonik di Malaysia.
Kini, Farm Fresh mengendalikan ladang tenusu yang luas meliputi lebih daripada 5,000 ekar tanah di Malaysia dan Australia, dengan jumlah melebihi 11,000 ekor lembu tenusu dan lembu jantan.
Setakat ini, syarikat ini telah memperkenalkan lebih daripada 200 produk di bawah pelbagai jenama, termasuk Farm Fresh, Master Barista, Henry Jones, Yarra Farm, Yarra by Farm Fresh, Nubian Goat’s Milk, Jom Cha by Farm Fresh, St David Dairy (Australia), dan pengambilalihan terkini mereka, Inside Scoop dan Sin Wah Ice Cream.
Portfolio produk Farm Fresh meliputi pelbagai kategori, termasuk produk sedia diminum (RTD) dalam keadaan sejuk dan suhu bilik, yogurt, alternatif berasaskan tumbuhan, dan aiskrim.
Mengulas mengenai pencapaian mereka, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Farm Fresh Berhad, Loi Tuan Ee, dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh Berhad, Azmi Zainal berkata, pencapaian ini adalah sangat luar biasa dan menggembirakan.
“Kami tidak menyangka akan memenangi tiga anugerah hebat ini. Kami sangat berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menyokong kami dan menjadikan Farm Fresh seperti yang ada hari ini, sebagai jenama kegemaran mereka,” katanya
Pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) membolehkan syarikat ini melancarkan produk inovatif seperti susu berperisa kurma, susu bebas laktosa, susu badam, dan Farm Fresh Grow, susu rumusan khas kanak-kanak.
Baru-baru ini, Farm Fresh telah memperluaskan penawarannya dengan varian Susu Tepung Farm Fresh Grow, susu organik Australia, aiskrim, minuman malt coklat, dan produk baharu yang akan dilancarkan seperti susu kultur dan mentega.
Sebagai pengeluar tenusu bersepadu terbesar di Malaysia, Farm Fresh kini sedang mengembangkan perniagaan mereka di rantau Asia Pasifik.
Syarikat ini kini mengeksport ke Singapura, Brunei, dan Filipina, selain memenuhi pasaran Timur Tengah melalui kilangnya di Victoria, Australia.
Selain itu, Farm Fresh telah memulakan operasi di kilang baharunya di Filipina, menghasilkan susu dipasteur untuk wilayah Metro Manila.
Mengulas mengenai pencapaian mereka, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Farm Fresh Berhad, Loi Tuan Ee, dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh Berhad, Azmi Zainal berkata, pencapaian ini adalah sangat luar biasa dan menggembirakan.
“Kami tidak menyangka akan memenangi tiga anugerah hebat ini. Kami sangat berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menyokong kami dan menjadikan Farm Fresh seperti yang ada hari ini, sebagai jenama kegemaran mereka,” katanya dalam kenyataan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
