Pelakon terkenal, Nelydia Senrose akhirnya tampil bersuara berhubung kontroversi penampilannya tanpa hijab yang menjadi bualan ramai setelah sekian lama.
Menurut laporan mStar, dia sedang berusaha untuk menjadi manusia yang lebih baik dan meminta orang ramai agar memberikan ruang untuknya.
Macam saya pernah cakap sebelum ini, saya sedang mencuba dan tak akan berhenti mencuba menjadi manusia lebih baik. Saya rasa itulah jawapan daripada saya.
Nelydia Senrose harap peminat terus mendoakan

Walaupun menerima pelbagai kritikan, Nelydia memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai penampilannya.
Sebaliknya, dia berharap agar peminat sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Saya harap orang ramai doakan saya menjadi lebih baik. Doa-doa itu pasti akan kembali kepada mereka juga.
Kembali ke dunia lakonan

Setelah setahun menyepi, Nelydia bakal muncul di kaca televisyen menerusi drama terbaru Seindah Hujan Cinta.
Katanya drama ini menarik dan watak yang dibawanya kali ini lebih mencabar kerana memiliki sisi gelap.
Saya rindu nak berlakon. Watak ini berbeza dan agak mencabar, mungkin ada elemen antagonis. Lagipun bayaran setimpal.
#OhmediaNasihat
Kritikan adalah lumrah kehidupan, tetapi jangan lupa bahawa setiap individu melalui perjalanan hidup yang berbeza. Sebagai masyarakat, marilah kita saling mendoakan kebaikan dan memberi ruang untuk perubahan positif.
