[VIDEO] Fatima Cakap ‘Tak Sayang Daddy’, Cara Nur Fazura Pujuk Anak Jadi Perhatian – “Tak Boleh Cakap Macam Tu…”

[VIDEO] Fatima Cakap ‘Tak Sayang Daddy’, Cara Nur Fazura Pujuk Anak Jadi Perhatian – “Tak Boleh Cakap Macam Tu…”

Luahan hati anak bekas pasangan selebriti, Nur Fazura dan Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisya meraih perhatian ramai selepas dia menyatakan sudah tidak sayang kepada bapanya itu.

Menerusi sebuah video siaran langsung tular di platform TikTok, Fatima kenyataan jujur anak kecil berusia lima tahun itu seolah-olah telah menyentuh hati ramai.

“Saya tak nak Daddy. Saya tak sayang Daddy dah,” kata Fatima dalam video tersebut yang sedang menangis meskipun dipujuk ibunya.

Susulan itu, aktres jelita filem Pisau Cukur itu bagaimanapun memberi teguran secara lembut kepada Fatima untuk tidak bercakap sedemikian mengenai bapanya itu.

“Tak boleh cakap macam itu. Fatima selalu sayang Daddy, kan?,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, segelintir netizen seakan memahami isi hati anak kecil itu yang seakan keliru dengan keadaan ibu bapanya yang sudah berpisah.

Sebelum ini, Fattah memuat naik foto bersama Fatima memberi pesanan kepada puteri tercintanya itu untuk tidak bersedih walaupun mereka hanya dapat meluangkan masa yang singkat bersama.

Sekadar info, Fattah dan Fazura berkahwin pada 27 November 2017, namun sah bercerai 7 Oktober tahun lalu.

Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 namun bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.

@syuhadaalis

semoga ad keajaiban kembali bersama semula demi ank 🥹 sedih sngt bila seorang ank wak keluor ayt tu ..dia mcm terluka dgn keadaan #fazuralovers #fyp #masyaallahtabarakkallah

♬ original sound – SYUHADA ALIS – SYUHADA ALIS

Artikel Berkaitan: “Apa Yang Buat Saya Sedih Adalah Ketika Fatima Beritahu Dia Mimpi Daddy” – Fattah Amin Tak Dapat Tahan Sebak

Scroll to Top