Produk Makanan Terkenal Didakwa ‘Ciplak’ Sate Balut, Mark Adam Bersikap Terbuka – “Idea Boleh Tiru Tapi Rasa Berbeza”

Produk Makanan Terkenal Didakwa ‘Ciplak’ Sate Balut, Mark Adam Bersikap Terbuka – “Idea Boleh Tiru Tapi Rasa Berbeza”

Penyanyi dan pelawak, Mark Adam tidak tergugat apabila ada syarikat produk makanan terkenal mengeluarkan jenis sate sama seperti perniagaannya iaitu sate bhalut.

Menerusi perkongsian di Instagram, Mark Adam atau nama penuhnya, Fikri Mark Adam Abdullah, 45, menyedari perkara tersebut namun memilih untuk tidak membesarkan isu itu.

“Ya, saya nampak. Tiada masalah rezeki masing-masing. Semua benda dalam dunia adalah pinjaman, bukan milik kita. Idea boleh ditiru tapi rasa dan kasih sayang berbeza,” tulisnya membalas komen salah seorang neizen di IG.

Sebelum ini, pelantun lagu popular Pencuri ini menjelaskan pihaknya menggunakan daging premium susulan terdapat segelintir netizen mempertikaikan harga sate bhalut yang didakwa mahal.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Perniagaan Sate Bhalut Didakwa Terlalu Mahal, Ini Penjelasan Mark Adam

Scroll to Top