Nama pempengaruh terkenal TikTok, Princess Suzie atau nama sebenarnya, Suzie Rozieana @ Naiemah Yaakub menjadi perbualan hangat di platform Threads setelah didakwa telah merosakkan sebuah rumah yang disewa olehnya di Selangor.
Menerusi perkongsian di Threads, individu tersebut mendakwa Suzie seorang yang gemar ‘menimbun’ barang-barang miliknya, lebih parah keadaan rumah tersebut digambarkan menjadi seperti ‘hutan’ setelah dikelilingi pokok yang meninggi.
Pemilik rumah tersebut turut memaklumkan mereka mengalami kerugian berjumlah RM33,000 iaitu termasuklah bil api dan air sebanyak RM16,000, selain penyewa tidak membayar sewa mencecah RM13,000.
“Mereka telah merosakkan rumah milik ibu saya di Selangor. Saya sertakan gambar rumah ibu saya yang rosak dan gambar penyewa syurga ini.
“Kesilapan kami tidak hire agent, tidak periksa keadaan rumah, tidak tukar nama TNB kepada nama penyewa. Akibatnya, kami menelan kerugian anggaran RM33,000 (bil TNB RM16,000, meter air dan paip air dari air Selangor rosak RM2,500, sewa rumah anggaran RM13,000,” dakwanya.



Meninjau ke platform TikTok, akaun media sosial Princess Suzie mula dibanjiri komen-komen netizen yang meminta pempengaruh berusia 62 tahun ini untuk membayar tunggakan sewa rumah.

@princesscelpiebar ♬ original sound – Princess suzie pinky candy – Princess suzie pinky candy




